Топ-100
Back

ⓘ Parti Bersatu Rakyat Sabah ditubuhkan pada 11 Mac 1994. Sebelum penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah seperti Tan Sri Datuk Seri Pangli ..




Parti Bersatu Rakyat Sabah
                                     

ⓘ Parti Bersatu Rakyat Sabah

Parti Bersatu Rakyat Sabah ditubuhkan pada 11 Mac 1994. Sebelum penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah seperti Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Clarence Dicsenol Bongkos Malakun, Datuk James Andrew Vitales, Senator Datuk Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang, JP. Lambang PBRS adalah ukiran dan ciptaan beliau mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali untuk membincangkan tentang penubuhan PBRS.

                                     

1. Menyertai Barisan Nasional

Pada 16 Mac 1994, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup bersama Datuk Clarence Dicsenol Bongkos, Senator Datuk Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang telah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menyampaikan surat permohonan menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen.

                                     

2. Menyertai Gabungan Bersatu Sabah

Pada 15 Mei 2018, parti ini mengambil keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional berkuat kuasa serta merta dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah yang merupakan sebuah lagi blok parti pembangkang yang bertumpu di kawasan Timur Malaysia.