Топ-100
Back

ⓘ José Mujica. José Alberto Mujica Cordano ialah seorang ahli politik Uruguay dan bekas ahli pertubuhan pengganas Tupamaros, kini ahli parti campuran berhaluan ki ..




José Mujica
                                     

ⓘ José Mujica

José Alberto Mujica Cordano ialah seorang ahli politik Uruguay dan bekas ahli pertubuhan pengganas Tupamaros, kini ahli parti campuran berhaluan kiri Frente Amplio dan bakal presiden negaranya. Beliau menyandang jawatan Menteri Penternakan, Pertanian, dan Perikanan dari tahun 2005 hingga 2008. Beliau dipilih untuk menjadi presiden di pilihan raya presiden 2009, dan bertugas mulai 1 Mac 2010. Beliau telah menamatkan jawatan sebagai Presiden Uruguay pada 1 Mac 2015.

                                     

1. Kehidupan peribadi

Pada 2005, Mujica berkahwin dengan Lucía Topolansky, bekas anggota Tupamaros dan kini seorang senator, selepas banyak tahun tinggal bersama. Mereka tidak memiliki anak dan menetap di sebuah ladang zahid di pinggiran Montevideo di mana mereka menanam bunga sebagai aktiviti ekonomi. Gaya hidup sederhananya dapat dilihat daripada kereta tuanya, sebuah Volkswagen Beetle, satu-satunya aset beliau. Ladang yang didudukinya milik isterinya. Beliau tidak mempunyai akaun bank.