Топ-100
Back

ⓘ Konvensyen Barisan Nasional Selangor 2010 twlah diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor pada 6-7 April 2010. Temanya ialah BN Mampu Berubah ..




                                     

ⓘ Konvensyen Barisan Nasional Selangor 2010

Konvensyen Barisan Nasional Selangor 2010 twlah diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor pada 6-7 April 2010. Temanya ialah BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan PRU 13.

Pengerusi konvensyen ialah Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, ahli parlimen Sepang.

                                     

1. Punca BN kalah

Setelah 2 tahun BN kalah di Selangor, 6 punca dikenalpasti sebagai puncanya.

  • Aspirasi pengundi muda kurang difahami.
  • BN agak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat.
  • Pergolakkan dalaman lebih ditumpukan berbanding usaha membina kekuatan.
  • Prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat.
  • Usaha menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.
  • Khidmat dan pendekatan lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Untuk itu, semangat adik-beradik diperlukan untuk melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.

                                     

2. Bantahan MCA Kapar

pADA 7 April 2010, 15 perwakilan MCA Kapar keluar majlis kerana hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu MCA dan lain-lain parti komponen tidak diendahkan. Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai juga kecewa kerana pentas utama hanya ada pemimpin UMNO iaitu Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar dan Shafei Abdullah.

Ucapan Noh Omar mnyentuh tentang rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan. Orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu. Malahan presiden ke-4 MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden ke=5 MIC, Tun VT Sambathan era 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.