Топ-100
Back

ⓘ Roket Qassam adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, ..




Roket Qassam
                                     

ⓘ Roket Qassam

Roket Qassam adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2010.

Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Pergerakan Jihad Islam Palestin Al Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing.

Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata Palestin menentang Israel semasa Intifada Kedua semasa pertelingkahan Israel–Palestin. Sejak 2000 sehingga 2009, roket Qassam telah membunuh 22 penduduk Israel dan seorang rakyat Thailand.

                                     

1.1. Sejarah Qassam Asal

Roket Qassam dinamakan sempena Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap bersenjata Hamas. Ia dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam, seorang pendakwah bersenjata Syria yang meninggal dunia dalam satu serangan gerila terhadap pihak berkuasa wajib Britain pada tahun 1935 dan menjadi pemangkin bagi pemberontakkan Arab pada tahun 1936.

                                     

1.2. Sejarah Qassam Pelancaran Roket

Penghasilan roket Qassams bermula pada September 2001 sejurus selepas kebangkitan Intifada kedua. Roket Qassam pertama yang dilancarkan adalah Qassam-1, dilancar pada Oktober 2001, dengan jarak maksima 3 kilometer 2 batu hingga 4.5 kilometer 3 batu. 10 February 2002 merupakan kali pertama Palestin melancarkan roket ke Israel, bukannya ke penempatan Israel di Semenanjung Gaza. Salah satu roket mengenai Kibbutz Saad. Roket Qassam pertama kali mengenai bandar Israel pada 5 March 2002 apabila dua roket menghentam selatan bandar Sderot. Sesetengah roket turut mengenai sejauh pinggir bandar Ashkelon. Jumlah keseluruhan bilangan roket Qassam yang dilancarkan melampaui 1.000 menjelang 9 Jun 2006. Dalam tahun 2006 sendiri, lebih dari 1.000 roket telah dilancarkan. Pada tahun 2008, 1.750 roket telah dilancarkan. Menjelang penghujung Disember 2008, sejumlah 15 orang telah terbunuh akibat roket Qassam sejak serangan bermula pada 2001.

                                     

1.3. Sejarah Qassam Tindak balas Israel

Pengenalan roket Qassam mengejutkan ahli politik dan pakar tentera Israel, dan mendapat reaksi yang bercampur-campur. Pada tahun 2006, Kementerian Pertahanan Israel melihat roket Qassam sebagai "lebih kepada ancaman psikologi berbanding fizikal." Pasukan Pertahanan Israel telah bertindak balas akan penggunaan roket Qassam dengan melaksanakan sistem amaran awal "Warna Merah" di Sderot, Ashkelon dan sasaran berisiko tinggi. Sistem ini terdiri daripada radar maju yang mengesan roket ketika ia dilancarkan, dan pembesar suara yang memberi amaran kepada penduduk awam untuk berlindung antara 15 dan 45 saat sebelun hentaman roket sebagai cubaan bagi mengurangkan ancaman dari roket. Sistem yang dikenali sebagai Kubah Besi, direka bagi memintas roket sebelum ia mengenai sasaran, kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi pada Mei 2010.

                                     

2. Reka bentuk Roket dan spesifikasi

Matlamat reka bentuk roket Qassam kelihatannya bagi memudahkan dan mempercepatkan pengilangan, dengan penggunaan komponen dan perkakasan biasa. Bagi matlamat ini, roket ditujah dengan campuran pepejal gula dan potasium nitrat, baja yang mudah didapati. Kepala peledak diisi dengan TNT dan urea nitrat, juga baja biasa, yang diseludup ataupun dikitar semula.

Roket ini terdiri daripada batang selinder keluli, mengandungi ketulan segiempat bahanapi. Kepingan keluli yang membentuk dan menyokong nozzles is spot-welded pada dasar silender. Kepala peledak terdiri daripada kelonsong logam mudah mengelilingi bahan letupan, dan dicetus oleh fius yang dibina menggunakan katrij biasa, spring, dan paku.

Sungguhpun reka bentuk awal menggunakan muncung tunggal yang diskrew pada tapak, roket terkini menggunakan reka bentuk tujuh muncung, dengan muncung ditebuk terus pada kepingan tapak roket. Perubahan ini meningkatkan ketahanan roket pada kecacatan reka bentuk muncung kecil, juga memudahkan penghasilan dengan membenarkan penggunaan mesin penebuk berbanding pengorek "lathe" semasa penghasilan disebabkan saiz muncung yang lebih kecil. Tidak seperti roket lain, muncung belakang tidak mengiring, yang bererti roket tidak berputar pada paksinya semasa terbang. Sungguhpun ini menyebabkan ia kurang tepat, ia memudahkan pembuatan roket dan sistem perlancaran yang diperlukan.



                                     

2.1. Reka bentuk Roket dan spesifikasi Roket yang sama

Kumpulan bersenjata Palestin yang lain turut membangunkan roket buatan sendiri. Pihak media umumnya mengelar kesemua roket trejektori tinggi sebagai "roket Qassam" atau "peluru berpandu Qassam", sementara mereka mengelar kebanyakan roket yang dilancarkan dari Lebanon "Katyusha", Katyusha bukan sebagai model khusus tetapi kelas umum roket.

  • Fatah - Kafah
  • Jihad Islam Palestin - Al Quds 101 & 2
  • Tanzim - Saria-2
  • Jawatankuasa Penentangan Popular - al Nasser-3

Pusat Maklumat Perisikan dan Pengganas Isreal menganggarkan pada 2007 pecahan roket dilancarkan adalah:

34% - Jihad Islam Palestin Al Quds 22% - Hamas Qassam  8% - Fatah Kafah  6% - Jawatankuasa Penentangan Popular al Nasser 30% - tidak diketahui
                                     

3. Pautan luar

  • Photos: Qassam rockets in Sderot
  • Qassam-2 missile a wild card in Mideast conflict – CNN March 5, 2002
  • A Visit to a Gaza Rocket Factory, by Ulrike Putz, der Spiegel international January 29, 2008, in English
  • The Homemade Rocket That Could Change The Mideast – By Tony Karon, TIME Online Edition 10 February, 2002
  • Gaza rockets kill two in Israel, BBC article June 28, 2004
  • The Qassam Rocket - An al-Ghoul Family Special
  • Humanitarian aid organization in Sderot
  • Palestinian Weapons Production and Smuggling: Missiles & Rockets
  • Katyusha & Qassam Rockets
  • GlobalSecurity.org - Qassam Rocket
  • Katyusha & Qassam Rockets on www.aerospaceweb.org
  • About the Qassam-sderotmedia
  • Rocketboom visits Sderot
  • Victims of Qassam rockets in Sderot
  • Updates about rocket attacks from Gaza into Israel on twitter.com