Топ-100
Back

ⓘ Parti Progresif Sabah ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari ..




Parti Progresif Sabah
                                     

ⓘ Parti Progresif Sabah

Parti Progresif Sabah ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September 2008, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas. Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional. Pada 12 September 2020, SAPP telah bersetuju dan secara sah menyertai gabungan baru di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah. GRS ialah hasil persetujuan Parti-Parti yang ada di Sabah. ini termasuklah SAPP, STAR, PBS, PBRS, dan lain-lain.

                                     

1. Sejarah

Menyertai Gabungan Sabah Bersatu USA

Pada tahun 2016, SAPP sah menyertai Gabungan Sabah Bersatu USA.

Menyertai Gabungan Bersatu Sabah GBS

Pada tahun 2018, SAPP sah menyertai Gabungan Bersatu Sabah GBS.

Menyertai Perikatan Nasional PN

Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional.

                                     

1.1. Sejarah Parti berhaluan bebas

Pada 13 Julai 2009, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN lebih teliti memproses pendaftaran kelahiran yang lewat bagi mencegah pendatang tanpa izin mendapat kerakyatan mudah. Ini kerana ramai pendatang tanpa izin yang memperoleh sijil kelahiran melalui pengakuan bersumpah atau lebih dikenali sebagai Surat Akuan palsu. Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan kelulusan permohonan kerakyataan, termasuk pendaftaran kelahiran yang lewat terutama di Sabah dan Sarawak. Kebimbangan timbul kerana Populasi di Sabah mencatat peningkatan 328 % daripada serendah 700.000 pada 1970 kepada hampir tiga juta pada 2005 berbanding Sarawak yang menunjukkan peningkatan sebanyak 130 %.

SAPP meraih dua kerusi parlimen Sepanggar dan Tawau dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008. Semenjak itu, banyak parti politik dari Sabah yang menggesa kerajaan persekutuan memberi lebih autonomi kepada negeri berkenaan.

                                     

1.2. Sejarah Menyertai Gabungan Sabah Bersatu USA

Pada tahun 2016, SAPP sah menyertai Gabungan Sabah Bersatu USA.

                                     

1.3. Sejarah Menyertai Gabungan Bersatu Sabah GBS

Pada tahun 2018, SAPP sah menyertai Gabungan Bersatu Sabah GBS.

                                     

1.4. Sejarah Menyertai Perikatan Nasional PN

Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional.