Топ-100
Back

ⓘ Barisan Rakyat Jati Sarawak atau Sarawak Native Peoples Front merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada Disember 1961 di ..




Barisan Rakyat Jati Sarawak
                                     

ⓘ Barisan Rakyat Jati Sarawak

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau Sarawak Native Peoples Front merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada Disember 1961 di Sarawak, Malaysia. Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya Sri Aman dan Sibu. Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak pada 30 April 1973.

Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, yang merupakan Setiausaha Agungnya semasa pengabungan dan pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB pada 1973.

                                     

1. Lihat juga

  • Senarai parti politik Malaysia
  • Parti Negara Sarawak PANAS
  • Parti Pesaka Anak Sarawak PESAKA
  • Politik Malaysia
  • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB
  • Parti Bumiputera