Топ-100
Back

ⓘ Presiden Turki. Presiden Republik Turki merupakan ketua negara Republik Turki. Pemegang jawatan ini mewakili Republik Turki dan perpaduan negara tersebut, serta ..




Presiden Turki
                                     

ⓘ Presiden Turki

Presiden Republik Turki merupakan ketua negara Republik Turki. Pemegang jawatan ini mewakili Republik Turki dan perpaduan negara tersebut, serta juga memastikan pelaksanaan Perlembagaan Turki dan organ-organ negara berfungsi dengan harmoni dan teratur. Artikel 101 hingga 106 Perlembagaan mewujudkan semua keperluan, pilihanraya, tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut. Pejabat Presiden ini ditubuhkan bersama dengan perisytiharan Republik Turki pada 29 Oktober 1923. Presiden Turki sering rasmi disebut sebagai Cumhurbaskanı, Presiden Rakyat. Penyandang jawatan ini yang terkini ialah Recep Tayyip Erdoğan yang mula menjawat sejak 28 Ogos 2014.

Jawatan Presiden kebanyakannya bersifat seremonial sejak tahun 1950, namun jawatan tersebut kini beralih kepada bersifat eksekutif selepas undian pungutan suara dibuat pada tahun 2017 di seluruh negara Turki.