Топ-100
Back

ⓘ Mutesa II dari Buganda. Sir Edward Frederick William David Walugembe Mutebi Luwangula Muteesa II merupakan Raja Kerajaan Buganda ke-35 dan terakhir dari 22 Nove ..




                                     

ⓘ Mutesa II dari Buganda

Sir Edward Frederick William David Walugembe Mutebi Luwangula Muteesa II merupakan Raja Kerajaan Buganda ke-35 dan terakhir dari 22 November 1939 sehingga kematiannya. Baginda juga merupakan Presiden Uganda pertama berikutan penubuhan republik tersebut.

                                     

1. Keputeraan dan pendidikan

Muteesa lahir di rumah seorang mubaligh pakar perubatan di Makindye, Kampala pada 19 November 1924. Beliau merupakan putera kelima Raja Daudi Cwa II 1897-1939 dan Puan Irene Drusilla Namaganda dari puak Nte.

Baginda dididik di Kings College Buddo iaitu salah satu sekolah berprestij dalam jajahan Uganda; beliau meenruskan pengajian di Magdalene College, Cambridge, England. Di sana, beliau menyertai Kor Pegawai Latihan Universiti tersebut University Officer Training Corps dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten dalam Grenadier Guards.

                                     

2. Pemerintahan

Beliau ditabalkan sebagai raja atau "Kabaka" Buganda setelah kemangkatan ayahandanya pada usia 15 tahun di luar Lubiri Mmengo tanggal 26 November 1939. Kerajaan baginda dipangku suatu Majlis Raja Council of Regents sehingga beliau cukup umur untuk memerintah. Mutesa dimahkotakan di Buddo ketika berusi 18 tahun pada 19 November 1942.

                                     

3. Kematian

Mutesa meninggal akibat keracunan alkohol di kediaman beralamat No. 28 Orchard House, Rotherhithe, London pada tahun 1969. Polis Britain melihat insiden tersebut sebagai suatu kasus pembunuhan diri, namun ada yang menyatakan Mutesa dipaksa minum vodka oleh ejen dalam rejim Obote, teori kedua ini lagi dikukuhkan berikutan bukti beliau dalam keadaan sihat sebelum kematiannya menurut John Simpson, wartawan BBC yang menemubualnya. Mayatbeliau dikembalikan ke Uganda tahun 1971 setelah pemerintahan Obote digulingkan serta dimakamkan di Makam Kasubi Nabulagala, Kampala.