Топ-100
Back

ⓘ Politik Terengganu 2008-2009. Kerajaan Negeri Terengganu 2008 merupakan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang diadakan pada 8 Mac ..




                                     

ⓘ Politik Terengganu 2008-2009

Kerajaan Negeri Terengganu 2008 merupakan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang diadakan pada 8 Mac 2008. 8 Mac dianggap sebagai Tragedi 8 Mac kerana berlaku tsunami politik di Malaysia.

                                     

1. Prestasi BN Terengganu

Dalam pilihan raya 2008, Barisan Nasional menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN dan tujuh daripada 8 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. 8 kerusi DUN dimenangi oleh PAS. Parlimen Marang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

BN mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Kuala Terengganu yang menikmati banyak pembangunan tetapi tewas 3 dari kerusi iaitu Ladang,Batu Burok dan Wakaf Mempelam serta menang DUN Bandar.

Lapan kerusi dimenangi dengan majoriti tipis iaitu Jabi 804, Tepuh 430, Teluk Pasu 462, Alor Limbat 799, Pengakalan Berangan 930, Rantau Abang 790, Paka 344 dan Cukai 769 manakala kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah 628 undi.

PAS mengekalkan kerusi DUN, Wakaf Mempelam, Manir dan Batu Burok serta merampas Sura, Bukit Payong, Bukit Tunggal dan Ladang di samping menang kerusi Parlimen Marang.

                                     

2. Perlantikan Menteri Besar Terengganu

Dari 9 Mac hingga 19 Mac 2008 belum ada Menteri Besar Terengganu yang dilantik sungguhpun parti Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh menang di Terengganu. Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan anggota Exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung di Istana Maziah 10 Mac 2008 ditangguhkan dan semua yang hadir pulang hampa. Datuk Bentara Luar, Datuk Omar Pilus mengumumkan penangguhan majlis. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid menjelaskan bahawa penangguhan itu berlaku kerana masalah teknikal berikutan Idris masih berada di Kuala Lumpur.

                                     

3. Bidang kuasa istana

Pada 18 Mac 2008, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan isu Menteri Besar Terengganu. Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya Perkara 14 2 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan Seri Paduka tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar. Perkara 341 Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Seri Paduka sebagai Raja negeri Terengganu kecuali fungsi Ketua Agama Islam. Urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan Seri Paduka tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan itu.

Jadi isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja serta kerajaan negeri dalam soal pelantikan Menteri Besar Terengganu. Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat. Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat. DUN yang difikirka layak ialah ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid. Turut disebut ialah ADUN Bukit Besi, Din Adam dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said.



                                     

4. Perjumpaan DUN Terengganu

Perjumpaan 23 Anggota Dewan Undangan Negeri ADUN Barisan Nasional BN Terengganu dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja MPPR di sebuah hotel di Putrajaya pada 18 Mac 2008 dibatalkan. Majlis ini diatur oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja MPPR Terengganu. Perjumpaan ini tanpa kehadiran Datuk Seri Idris Jusoh. Pembatalan melalui sms daripada Pengelola Istana, Mohd Yasim Awang. Sebaliknya perjumpaan dengan Abdullah Ahmad Badawi diadakan pada jam 3.15 petang hari yang sama.22 daripada 23 ADUN BN menulis surat sokongan kepada Idris Jusoh dan dihantar kepada Abdullah Ahmad Badawi. Hanya seorang tidak berbuat demikian.

                                     

5. Menteri Besar baru

Pada 22 Mac 2008,pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Datuk Ahmad Said iaitu DUN Kijal menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Perlantikan ini selaras dengan Fasal 14 Perenggan 2 a Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu Bab 2, Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja.

Ini bermakna isu perlantikan yang tergantung 14 hari sejak 8 Mac 2008 dianggap selesai.

Beberapa calon yang difikirkan layak tidak pula bertanding seperti Dr. Abdul Latif Awang, Che Mat Jusoh, Abdul Rahman Bakar dan Tengku Putera. Razali Ismail kekal di Parlimen serta Nasir Ibrahim Fikri dan Datuk Jidin yang dinaikkan ke Parlimen. Rosol Wahid, Din Adam dan Rozi Mamat pernah diebut-sebut menjadi calon Menteri Besar.

Tokoh lain tidak mempunyai majoriti yang tinggi. Mohamad Ariffin Abdullah Paka- 344 undi ; Muhammad Ramli Nuh Tepuh - 430 undi ;Datuk Abdul Rahin Teluk Pasu - 462 undi ; Datuk Awang Tera Chukai - 769 undi; Datuk Za’abar Rantau Abang - 790 undi ;Alias Abdullah Alor Limbat - 799 undi;Ramlan Ali Jabi - 804 undi; Yahya Khatib Pengkalan Berangan - 930 undi.

                                     

6. Boikot DUN Terengganu

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diadakan dari 13-15 April 2009. Pada 14 April 2009, seramai 10 Adun Barisan Nasional memulaukan persidangan selepas menerima sms ugutan bunuh.Mereka ialah Muhammad Ramli Nuh Tepuh, Mohd Zawawi Ismail Kuala Berang, Abdul Halim Jusoh Permaisuri, Datuk Din Adam Bukit Besi, Datuk Rosol Wahid Ajil, Alias Abdullah Alor Limbat, Zakaria Abdullah Paka, Ramlan Ali Jabi, Datuk Seri Idris Jusoh Jertih dan Mohd Pehimi Yusof Kota Putera.Ia berhubung isul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Pada 8 April 2009, rombongan Datuk Rosol Wahid menemui Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Seri Satria di Putrajaya.

Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah dan Abdul Halim Jusoh telah menerima sms ugutan bunuh dari seseorang pada jam 11.20 malam 13 April 2009.Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Terengganu. Mereka bertiga membuat laporan polis.BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi. Sms itu datangnya dari telefon bimbit 019-9158369 dan dari komputer.

Berita Harian melaporkan Setiausaha Sulit Kanan SUSK Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda turut membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, menafikan beliau menyebarkan sms tersebut. Datuk Ahmad Said turut menafikan menghantar sms tersebut.Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan menyatakan pihak polis akan mengesan pemilik sms tersebut.

Hal ini disentuh langsung oleh RTM sewaktu berita TV1 Tamil 7.30 malam, Mandarin 8 malam, berita tempatan 8.30 malam dan berita utama Melayu 9 malam.

Punca tindakan mereka ialah menteri besar tidak melantik mereka sebagai ahli jawatankuasa AJK Umno tambahan, apabila mereka kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO 2008. Pelantikan JKKK diputuskan oleh ketua Umno bahagian selepas menerima cadangan dari Umno cawangan. Ini menyebabkan mereka semakin jauh dari sokongan pemimpin parti. Hanya Datuk Seri Idris Jusoh menang Ketua UMNO Bahagian. Adun juga tidak dilantik menjadi penyelaras DUN seperti peruntukan dan aktiviti parti.

Pada 22 April 2009, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fauzi Abduri menyatakan seorang kerani lelaki 31 tahun) diberkas di Bandar Baru Bangi, Selangor berhubung penghantaran SMS itu.



                                     

7. Hishamuddin sebagai Pengerusi UMNO Terengganu

Pada 24 April 2009, Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan organisasi parti UMNO yang baru. Pertemuan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato Seri Hishammuddin Hussein, dengan semua pemimpin utama parti dan tidak wujud isu menggugurkan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar Terengganu.Semua Ketua Umno Bahagian dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Barisan Nasional BN Terengganu hadir.Ahmad Said merupakan Ketua Umno Bahagian Kemaman dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menggantikan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh pada 14 Jun 2008. Tetapi pada 24 April 2009 beliau turun pangkat menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO sahaja. Ramai Adun dinafikan peranan mereka dalam pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK dan Pengerusi Penyelaras DUN dan Unit Bestari.