Топ-100
Back

ⓘ Presiden Uruguay juga dikenali sebagai Presiden Oriental Republik Uruguay merupakan ketua negara dan ketua kerajaan di negara Uruguay dan diperakukan di dalam P ..




Presiden Uruguay
                                     

ⓘ Presiden Uruguay

Presiden Uruguay juga dikenali sebagai Presiden Oriental Republik Uruguay merupakan ketua negara dan ketua kerajaan di negara Uruguay dan diperakukan di dalam Perlembagaan Uruguay. Bidang tugas seseorang Presiden adalah bersama-sama dengan Pejabat Sektariat Presiden, Lembaga Menteri dan pengarah utama eksekutif bagi proses perancangan ekonomi dan belanjawan negara. Di dalam kes ketidakhadiran seseorang Presiden atas tugas-tugas rasmi, tempatnya akan dipangku sementara oleh Timbalan Presiden Uruguay. Presiden juga merupakan komander utama bagi semua pasukannangkatan tentera Uruguay.

Mengikut Perlembagaan Uruguay 1967 atau Perlembagaan Uruguay 1997, sesorang Presiden ditentukan berdasarkan undi popular rakyat dan menjabat jawatan tersebut selama lima tahun sepenggal tiada tempoh masa untuk diperbahrui. Setiap kali pilihan raya umum, parti-parti di Uruguay boleh manghantar dua orang calon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat pusingan pertama. Bagi yang memperoleh majoriti 50%+1 di peringkat tersebut, dua calon teratas akan layak untuk bertanding di peringkat pusingan kedua bagi penentuan ke jawatan Presiden.

Sejak tahun 1990, penggal mula jawatan Presiden ditetapkan setiap 1 Mac dan tamat juga pada 1 Mac, lima tahun kemudian. Presiden Uruguay terkini ialah Luis Lacalle Pou.

                                     

1. Bidang kuasa

Berdasarkan Artikel 168 Perlembagaan Uruguay, seseorang presiden mempunyai fungsi-fungsi tertentu antaranya:

  • Pengisytiharan semua undang-undang, mengeluarkan peraturan khas yang diperlukan untuk pelaksanaannya.
  • Berhak membuat rundingan perjanjian diplomatik atau dalaman dengan pengesahan dan nasihat dari jabatan perundangan negara.
  • Komander utama semua pasukan angkatan tentera Uruguay.
  • Berhak untuk mencadangkan bil atau pindaan kepada undang-undang yang sebelum ini digubal.
  • Berhak untuk mengisytiharkan keadaan kecemasan atau darurat apabila diperlukan.
  • Merasmikan pembukaan penggal Dewan Rendah Uruguay.
  • Memelihara ketenteraman awam, kedamaian bersama dan keselamatan negara.
  • Menyediakan draf dan perancangan belanjawan negara.
  • Pengurusan hubungan diplomatik dan dengan persetujuan badan perundangan negara serta berhak untuk mengisytiharkan perang.
  • Berhak melakukann pemberhentian mana-mana penjawat awam jika melakukan salahlaku, atau ketidakseimbangan politik.
  • Berhak untuk membuat undang-undang veto apa yang beliau tidak berkenan.
                                     

2. Keputusan pilihan raya umum Uruguay 2019

Pada 25 November 2019, keputusan awal tidak rasmi di dalam pusingan kedua menunjukkan Lacalle Pou, mendahului dengan majoriti 48.71% jumlah pengundi ketika itu sebanyak 28.666 undi manakala Martínez sekadar dengan 47.51%. Proses pengumuman pemenang lewat kerana sebanyak 35.229 undi diperlukan untuk dikira. Pada 28 November 2019, Martínez kemudian mengakui kekalahannya. Pada 30 November 2019, undi terakhir mengesahkan Lacalle Pou sebagai pemenang dengan majoriti tipis memperoleh peratus undian 48.8% daripada jumlah undian yang dibuang manakala Martínez dengan peratus undian 47.3%. Luis Alberto Lacalle Pou dijangka mengangkat sumpah jawatan Presiden Uruguay ke-64 pada 1 Mac 2020.