Топ-100
Back

ⓘ Pendidikan - Pendidikan, di Malaysia, tinggi, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Brunei, Kementerian Pendidikan Singapura ..




                                               

Pendidikan

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan sering berlaku di bawah bimbingan pendidik, tetapi pelajar juga dapat mendidik diri mereka sendiri. Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat diangga ...

                                               

Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China. Sistem Pendidikan di Malaysia

                                               

Pendidikan tinggi

Pendidikan tinggi atau pendidikan posmenengah ialah tahap pendidikan yang membawa kepada ijazah. Pendidikan tinggi ialah tahap pendidikan pilihan terakhir yang dilalui seorang pelajar selepas pendidikan menengah. Struktur Pengelasan Piawai Pendidikan Antarabangsa menetapkan pendidikan tinggi pada tahap enam, tujuh dan lapan menurut versi 2011. Hak kepada pendidikan tinggi dinyatakan dalam beberapa pengisytiharan hak asasi manusia antarabangsa seperti ICESCR oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pendidikan tinggi adalah penting dalam ekonomi negara sebagai sebuah industri, dan sumber pekerj ...

                                               

Falsafah Pendidikan Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara, merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,Intelektual dan Sosial. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

                                               

Kementerian Pendidikan (Brunei)

Kementerian Pendidikan merupakan sebuah badan kementerian dalam kerajaan Brunei yang bertanggungjawab bagi pendidikan di Brunei. Ketua bagi kementerian ini ialah Menteri Pendidikan dan sedang dijawat oleh Hamzah bin Sulaiman.

                                               

Kementerian Pendidikan Singapura

Kementerian Pendidikan Singapura ialah sebuah kementerian di bawah Pemerintah Singapura yang berfungsi merancang dan mengengimplementasi dasar-dasar berkaitan pendidikan di negara Singapura dari tahap Primary 1 sehingga ke institusi-institusi tertier. Ia kini diketuai seorang Menteri Pendidikan yang kini dijawat Ong Ye Kung.