Топ-100
Back

ⓘ Sejarah - Sejarah, Islam, Perak, China, Malaysia, Muzium Sejarah Nasional ..




                                               

Sejarah

Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui pekara penyiasatan") adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa. Sejarawan ...

                                               

Sejarah Islam

Zaman Kegemilangan Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira, Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

                                               

Sejarah Perak

Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400.000 hingga 8.000 tahun sebelum masihi lagi.

                                               

Sejarah China

Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5.000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disa ...

                                               

Sejarah Malaysia

Dalam konteks sejarah Malaysia, walaupun nama "Malaysia" merupakan sebuah konsep moden yang baru diciptakan pada separuh kedua abad ke-20, Malaysia kontemporari tetap menganggap keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo, merangkumi ribuan tahun yang lalu termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya tersendiri. Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang Yunani seperti Cladius Ptolemy menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai Semenanjung Emas kini digelar Semenanjung Malaysia atau Golden Khorsenese di dalam buku Geographia yang ditulisnya pada sekitar ...

                                               

Muzium Sejarah Nasional

Muzium Sejarah Nasional merupakan sebuah muzium yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Muzium ini dibuka pada 4 April 1996 dan merupakan muzium kebangsaan kedua selepas Muzium Negara. Bagaimanapun pada 2007, muzium ini telah ditutup dan koleksi dipindahkan ke Muzium Negara. Muzium Sejarah Nasional menempatkan pameran keunikan sejarah perkembangan tanah air dari zaman awal sehingga kini. Terdapat hampir seribu koleksi yang dikumpul berasaskan kepada kepentingannya kepada sejarah negara, dan diklasifikasikan kepada beberapa kate ...