Топ-100
Back

ⓘ Teknologi - Teknologi, maklumat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, hijau, Universiti Teknologi MARA, Taman Teknologi Tinggi Kulim ..




                                               

Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία ; dari τέχνη, yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία, yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadge ...

                                               

Teknologi maklumat

Teknologi Maklumat atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu

                                               

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Kini, MOSTI diterajui oleh YB Haji Khairy bin Jamaluddin, selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim selaku Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020.

                                               

Teknologi hijau

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

                                               

Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan, dan pendaftaran pelajar. Universiti ini terdiri daripada satu kampus Utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34 kampus yang berada di seluruh Malaysia. Dengan 17.706 staf akademik dan bukan ak ...

                                               

Taman Teknologi Tinggi Kulim

Taman Teknologi Tinggi Kulim merupakan suatu kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kulim, Kedah. Taman teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency, sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam pembangunan industri. Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah disiapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1.450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi ...