Топ-100
Back

ⓘ Budaya - Budaya, Yahudi sekular, popular, Kebudayaan Indonesia, Kebudayaan Malaysia, Dewan Budaya ..




                                               

Budaya

Budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua masyarakat manusia; ini termasuk bentuk ekspresif seperti seni, muzik, tarian, ritual, agama, dan teknologi seperti penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian. Konsep budaya kebendaan meliputi ungkapan fizikal budaya, seperti teknologi, seni bina dan seni, sedangkan aspek budaya yang bukan kebendaan seperti pri ...

                                               

Budaya Yahudi sekular

Budaya Yahudi Sekular merangkumi banyak fenomena yang berkait. Terutamanya, ia merupakan kebudayaan komuniti-komuniti Yahudi yang sekular, tetapi ia juga boleh merangkumi sumbangan-sumbangan kebudayaan individu-individu yang mengaitkan diri dengan orang Yahudi sekular, atau juga orang Yahudi yang warak yang bekerja di kawasan-kawasan kebudayaan yang umumnya tidak dianggap sebagai berkait dengan agama. Justera itu, perkataan sekular dalam Budaya Yahudi Sekular tidak merujuk kepada jenis orang Yahudi tetapi sebaliknya kepada jenis budaya. Umpamanya, orang Yahudi Ortodoks yang warak yang menu ...

                                               

Budaya popular

Budaya popular atau budaya pop merupakan keseluruhan sikap, buah fikiran, bayangan, sudut pandang, dan peristiwa yang berada dalam lingkungan budaya arus perdana, terutamanya budaya Barat pada pertengahan abad ke-20 dan kemunculan arus perdana globalisasi pada akhir abad ke-20 dan abad ke-21. Banyak dipengaruhi oleh media massa, koleksi buah fikiran ini meresap ke dalam kehidupan harian masyarakat. Kategori budaya pop yang paling biasa ialah: hiburan, sukan, berita, politik, fesyen/pakaian, teknologi, dan slanga. Budaya popular ternyata suatu cara untuk mempengaruhi sikap seseorang terhada ...

                                               

Kebudayaan Indonesia

Kebudayaan Indonesia secara sempit dapat ditakrifkan sebagai seluruh kebudayaan Indonesia yang telah ada sebelum terbentuknya negara Indonesia pada tahun 1945. Seluruh kebudayaan tempatan yang berasal daripada kebudayaan beraneka ragam suku-suku kaum di Indonesia adalah merupakan bahagian-bahagian kebudayaan Indonesia yang penting. Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada abad ke-5 ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara, Kutai sampai ke penghujung abad ke-15. Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kera ...

                                               

Kebudayaan Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hok ...

                                               

Dewan Budaya

Dewan Budaya merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus tentang kebudayaan dan diterbitkan sebulan sekali. Majalah ini menyasarkan pembaca daripada kalangan pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas. Buku ini juga mengandungi 68 halaman bercetak.